Monday, August 31, 2009

KHASIAT BAWANG PUTIH



PERINCIAN BAWANG PUTIH

Bawang putih ditanam di atas tanah yang gembur dan rata. Ia boleh ditanam hampir di seluruh dunia. Bebawang yang istimewa ini terletak didalam tanah.

Ia terbentuk dalam bentuk labu yang mengandungi 10 hingga 13 ulas. Kulit luarannya diselaputi kulit yang berwarna putih kekuningan. Daun bawang berbentuk memanjang. Bawang putih boleh ditanam dengan mengunakan bebawangnya.

Komponen utama bawang putih terdiri daripada:

Ciri Peratusan

Air 64.3

Protein 7.9

Lemak 0.6

Karbohidrat 16.3

Tenaga 98 kkal/100g


KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK

PENCERNAAN

Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan nafsu makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut.

Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.

PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.

BARAH

Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.


FUNGSI ORGAN

Apabila bawang putih dimakan mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.

TAHAP GULA DALAM DARAH

Bawang putih mengawal tahap gula dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh , individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang paling digeruni ialah kencing manis.

KEMUDARATAN BAWANG PUTIH

Seperti juga dengan benda-benda yang lain, bawang putih mempunyai kesan sampingan sekiranya diambil secara berlebihan. Ini termasuklah:

# Meransang mukosa pencernaan

# Muntah, 'dysentery', anoreksia nervosa

# Hilang berat badan, merencatkan pertumbuhan

# Anemia

# Dermatitis

Oleh itu sajian bawang putih yang dicadangkan dan dos yang dicadangkan:

Tidak kurang dari 5g bawang putih mentah setiap hari, atau

Tidak kurang dari 0.5ml jus bawang putih setiap hari setiap kg berat, atau

Tidak kurang dari 300mg serbuk bawang putih setiap hari.

Dalam zaman yang serba canggih kini, khasiat bawang putih boleh diperolehi dalam bentuk tablet. Terdapat pelbagai syarikat pengeluar makanan tambahan mengeluarkan tablet bawang putih ini.

Ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Antara pengeluar kapsul bawang putih yang terkenal ialah Nutrilite, Cosmos, 21st Century dan banyak lagi.



free study 0 Comments | Readmore...

Sunday, August 23, 2009

KHASIAT BUAH KURMA ( 1 )

Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunahkan memakan kurma oleh Rosulullah, ternyata kurma itu sangat bermanfaat…

Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Kandungan protein didalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi.

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta. Gula didalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam badan.

Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap badan sebagai tenaga.


Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan.

Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.


Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik didalam badan dan tidak memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga adalah setanding.

Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surat al_Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan".

Umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mana maksudnya "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam.

Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.


Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
Jus buah kurma mungkin baru dinegara ini. Dinegara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi menambahkan keenakannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pengganti makanan ringan yang hanya mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.



free study 0 Comments | Readmore...

KHASIAT BUAH KURMA (2)



Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.



Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.





KHASIAT BUAH KURMA

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :









Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :









Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.











free study 0 Comments | Readmore...

Wednesday, August 19, 2009

Khasiat Bawang Merah


BAWANG merah yang biasa kita kenal, atau ada juga yang memanggil bawang kecil telah dikenali dengan beberapa bahasa seperti 'shallot' atau nama kimianya allium cepa var ascalonicum. la termasuk dalam golongan rumput liliaceae. Kononnya bawang merah atau bawang kecil ini berasal dari kawasan atau bahagian Asia Tengah, seperti juga di kawasan di mana datangnya bawang putih. Dengan lebih tepat lagi bawang merah ini terdapat asalnya di kawasan kota tua Askalon Palestine Tenggara.

Dari kawasan inilah kemudiannya datang para pedagang dan membawanya datang ke bahagian-bahagian lain di dunia ini hinggalah ke Eropah dan ke Asia hingga sampai bahagian dunia sebelah sini.

Bawang merah boleh hidup dengan suburnya jika dia mendapat tanah dan baja yang subur, gembur dan sering dipupuk dengan tanah yang baik setiap waktu.

Sebaik-baiknya ketika menanam bawang merah jauhilah dia dari ditumbuhi dengan rerumput lain yang kering mengganggu kawasan kelilingnya.

Khasiat bawang merah:

Terlalu banyak digunakan untuk masakan dan ubatan. la mengandungi zat-zat makanan yang berguna seperti zat putih, telur, gula, kalium, phosphor, zat besi, fluor, belerang, vitamin C (terdapat 10-15 gram di dalam setiap 100 gram bawang merah), vitamin B, pantothen dan karoten.

Selain dari itu bawang merah juga berkhasiat menghairahkan hati, menggiatkan kerja jantung dan menenangkan sarat. la juga berkhasiat bagi mereka yang menderita penyakit selsema dan penyakit cacing.

Bawang merah ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dikupas kulitnya dan dibersihkan. Bagaimanapun tidak semua mereka yang menggemarinya.

Tetapi ramai juga mereka yang menggemari bawang merah jika dibuat ulam ataupun pencecah makanan seperti dibubuh kicap, cili dan lobak asin serta ikan bilis. Bawang merah ini memang banyak khasiatnya jika dimakan mentah-mentah.

Selain dari itu bawang merah ini juga sedap dimakan jika dibuat acar atau campuran kepada makanan iaitu sebagai bahan penumis. Bawang merah yang digoreng dapat menambahkan rasa sedap serta enak kepada berbagai jenis makanan.

Kulit bawang merah ini jika dikumpulkan boleh digunakan untuk dijadikan pewarna kepada kulit telur pindang yang boleh menukarkan warna coklatnya setelah direbus. Daun bawang juga boleh digunakan kepada berbagai jenis campuran sayuran.

Bagaimanapun lazimnya bawang merah yang masin segar lagi digunakan untuk membuat rempah-rempah khusus dipanggil jamu untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun bawang merah. ini amat sesuai sekali untuk dijadikan bahan masakan, bagi segala jenis masakan baik orang-orang timur mahupun barat.

Pendeknya segala bangsa menggemari bawang merah sebagai salah satu dari bahan perencah untuk dijadikan bahan makanan mereka dari dulu hingga sekarang dari sejak ia mula-mula ditemui.
free study 0 Comments | Readmore...

Sunday, August 16, 2009

Khasiat Buah Manggis

Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis.

Secara tradisinya kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry.

Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan, buah manggis amat berkhasiat!
Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan.

Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan.

Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.


(2)

Kulit manggis dijemur sampai kering dan dijadikan serbuk. Kemudian masukkan ke dalam capsule. Diambil setiap hari sebagai makanan tambahan kesihatan yang terbukti khasiatnya.

Untuk pengetahuan anda, di US harga sebotol jus kulit manggis adalah lebih kurang RM900.00!!

Tetapi kita orang Malaysia,buah ni ada depan mata, mengapa kita buang sahaja????



KHASIAT KULIT MANGGIS - JANGAN ABAIKAN KHASIATNYA..
1. Anti-fatigue (energy booster/memberi tenaga)

2. Powerful anti-inflammatory (prevents inflammation)

3. Analgesic (prevents pain/mencegah sakit urat saraf )

4. Anti-ulcer (stomach,mouth and bowel ulcers)

5. Anti-depressant (low to moderate/mencegah kemurungan)

6. Anxyolytic (anti-anxiety effect/mencegah kegelisahan/ panik/cemas)

7. Anti-Alzheimerian (helps prevent dementia)

8. Anti-tumor and cancer prevention (multiple categories cited)... shown to be capable of killing cancer cells/Mencegah kanser.

9. Immunomodulator (multiple categories cited) - helps the immune system

10. Anti-aging(Anti penuaan)

11. Anti-oxidant( Buang toxic dalam badan)

12. Anti-viral (membunuh kuman)

13. Anti-biotic (modulates bacterial infections)

14. Anti-fungal (prevents fungal infections/menggelakkan kulat)

15. Anti-seborrheaic (prevents skin disorders/mencantik kan kulit)

16. Anti-lipidemic (blood fat lowering, LDL/membuang kolesterol jahat)

17. Anti-atheroscleroti c (prevents hardening of arteries)

18. Cardioprotective (protects the heart/untuk jantung)

19. Hypotensive (blood pressure lowering/rendahkan tekanan darah)

20. Hypoglycemic (anti-diabetic effect, mengurangkan gula dalam darah)

21. Anti-obesity (helps with weight loss/kuruskan badan)

22. Anti-arthritic (prevention of arthritis/cegah sakit tulang)

23. Anti-osteoporosis (helps prevent the loss of bone mass)

24. Anti-periodontic (prevents gum disease/cegah gusi berdarah)

25. Anti-allergenic (prevents allergic reaction)

26. Anti-calculitic (prevents kidney stones/cegah batu karang)

27. Anti-pyretic (fever lowering/rendahkan suhu badab)

28. Anti-Parkinsonism

29. Anti-diarrheal diseases

30. Anti-neuralgic (reduces nerve pain/sakit urat saraf)

31. Anti-vertigo (prevents dizziness)

32. Anti-glaucomic (prevents glaucoma/sakit mata)

33. Anti-cataract (prevents cataracts) -sejenis penyakit mata yang menyebabkan rabun teruk.

34. Pansystemic - has a synergistic effect on the whole body/Mengimbangi
seluruh badan.


UNTUK MERAWAT GOUT..

Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni.

Caranya :

1. Ambil buah manggis

2. Kupas

3. Isi dia enak di makan

4. Kalau sebelum ini kulit hanya dimasukkan dalam tong sampah, tapi lebih baik ambil kulit itu dan hiris nipis2 macam asam keping dan jemur sampai kering.

5. Bila2 masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit manggis tersebut direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.

6. Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
free study 0 Comments | Readmore...

Thursday, August 13, 2009

Petua Mengurang Tembam




Petua 1: (drp: TUNA)


caranya:
1. buat latihan a e i o u setiap pagi semasa nak mekap tu... buat la dlm tempoh 2-3 minit... atau 20 kali... masa sebut tu, kena sebut dgn perlahan tapi sepenuh perasaan iaitu dgn memastikan setiap abjad disebut dgn mimik muka yg melampau...

2. semasa bgn pagi atau nak tidur, berteleku di tepi katil, topangkan siku pada lutut dan ampukan tapak tgn ke muka... biarkan selama 5-10 minit.... pastikan muka ditampung sepenuhnya oleh telapak tangan...

3. semasa bgn pagi atau nak tidur, sama juga, berteleku di tepi katil dan topangkan siku pada lutu.. ampukan tapak tgn di bawah dagu... biarkan selama 5-10 minit

4. yg ni pula kena keluar belanja... cuba pakai Face Lift & Activator... yg ni kesan dia cepat dan hasilnya mmg menarik... ramai kawan2 tuna yg pakai dan suka.... bila tuna pakai, senyuman tuna semakin menarik berbanding dulu krn pipi tuna naik seri dan cantik.. tidak lagi tembam dan mengeleber... ia juga boleh menghilangkan kdut di bawah mata dan juga boleh mengecilkan pori2 wajah... cubalah...

sekian dulu dari tuna



Petua 2 ;

free study 0 Comments | Readmore...

Petua Ubat H1 N1





petua menyembuh H1N1.

Rendamkan buah kurma dengan air kelapa selama 1 hingga 2 jam.

Kemudian minum air kelapa dan makan kurma tersebut.

Insyaallah dgn izin Allah
kita berupaya sembuh dari H1N1. sebarkan!!! Kiriman: kechik2816
free study 0 Comments | Readmore...