Saturday, November 14, 2009

Khasiat Pegaga



PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar.

Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.
Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati di pasar seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga berdaun lebar, kelantan, renek dan salad.

Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad.

Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai.
Masyarakat melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.

Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.

Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.

Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut dan melicin dan menyihatkan kulit.
Dalam perubatan tradisional pula, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, menyembuh- kan demam, melancarkan peredaran darah dan sebagainya. Minum tonik pegaga pula boleh menghalang proses penuaan.

Pegaga juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan ulser perut atau usus dan penyakit kusta.
Biasanya pegaga diambil secara segar sebagaiulaman, minuman untuk menyejukkan badan dan tonik untuk kecergasan otak.

Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Justeru alternatif terbaik adalah dengan menghasilkan pelbagai produk proses daripada pegaga yang mempunyai kualiti tinggi dan boleh disimpan dalam satu tempoh yang lama.

Produk-produk ini boleh dinikmati pada setiap masa oleh semua golongan masyarakat.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga yang terdiri daripada empat jenis minuman pegaga iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga halia madu.

Beliau telah berjaya membangunkan suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada peratus yang amat rendah.

Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada hijau kepada hijau keperangan.

Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam.

Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan madu, asid sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang ditetapkan.

0 comments:

Now, You are reading :
Khasiat Pegaga

Post a Comment